XPDC-SAMURAI

Tracks list:
1. bagaikan samurai
2. ulat & kulat
3. teman

4. kenapa apakah
5. tanggis darah
6. paiseh
7. o-key
8. dunia 4 segi
9. semangat perjuangan harmoni
10. king el mondoque


 

いいいいいいいい
bagaikan samurai
いいいいいいいい

di dalam kepala ini ada macam-macam
beratnya kepala ini bukan main-main
berikanlah cara, gaya, petua, ikhtiar, usaha
di dalam kepala ini banyak sampah-sarap
beratnya kepala ini macam kena serap
berikanlah cara, gaya, mantera
melayan, menahan, melawan
biarkan ku damai, bagaikan samurai


いいいいいいいいいいいい
ulat dan kulat
いいいいいいいいいいいい

berulat berkulat, oh mata kaum kerabat
kau ikat kau sekat, kau sukat semangat daulat
bagaikan kami tak tahu, bagaikan kami tak mampu
bezakan intan dan kaca, bezakan batu dan tanah
kekal...singgah
pulanglah puaka, ke dalam perut pawaka
pulanglah puaka, kau diam lestari sana
dah putih nak putih lagi, dah hitam nak hitam lagi
dah punah nak lagi, punahkan apa lagi..punah
siapa kau siapa kami
nak minta tumpang lalu, nak kena tabik dulu
berulat berkulat, siapa kau aku nak tongkat
nak angkat

いいいいいいいいいいい
teman
いいいいいいいいいいい

suatu petang yang damai, kau kulihat
menanti seorang teman, teman yang tak datang
engkauku perhatikan, setia lagi apa
lagi yang dinanti, teman yang tak akan datang
biarku pujuk kemari, hati yang sedang pilu
kau genggamlah tanganku, aku bawa kau pergi
syurga bukan satu hala, aku masih disini
setelah sekian lama, kau memendam dendam
kekasihku tidak datang, setelah berjanji
aku pun sudah merasakannya, kita bagaikan
suatu arah yang menanti sendirian, walau dalam hujan lebat
ku nanti nanti nanti nanti, sendiri lagi
suatu warna yang gelap, dahulu hidup penuh
dengan keseorangan, seorang lagi teman.

いいいいいいいい
kenapa apakah
いいいいいいいい

apa yang kau pandang, nampak macam semacam
apa yang kau jeling, mata kau yang juling
kenapa apakah, apa yang ada
apa yang kau jerit, suara yang perit
suka jadi lalang, asyik kena goyang
angin yang hilang, tegak kau berdiri
macam dah tak ada, maruah rupa
c/o
sesat kau berjalan, balik ke pangkal jalan
orang tua masih ada, jangan malu bertanya
yang dulu dah terlepas, yang datang jangan melepas
dari dah tak ada, asal tak kedana
(soso...ulang 1,2,3,5 & 6)
tak esok tak lusa, melayu tak ganti muda
mati tua jadi kuda, kepala jadi kuda
yang tua berkarat, yang muda melarat, hidup pun merempat
kenapa apakah. apa yang ada, kenapa apakah...yeh !!!


いいいいい
tanggis darah
いいいいい

datang musim bercinta, entah asal mana hadir satu daya
mencita seri maya untuk melamar hati sang pemuja
menjelma rindu, bagai lalang-lalang
kau pun disusuk, hilang pertimbangan
mula menyimpan dendam, mencari ilham lepaskan geram
kau tiraikan kaca diri, kau lenyapkan erti suci
di pintu gua, kau tenunkan sarang yang sempurna
menggado(mangsa), yang leka seketika
aku yang bosan kesepian
mengintai-intai persinggahan, mana tahu jadi kawan
ku telan saja, luahanmu, tak periksa, lintasan ku
yang berkata, kemungkinan, kau berdusta
kau ikut, buta perasaan, biar jiwa, ku dah kesan
senyumanmu, ternampakku, permainan
ku yang dahaga, dah tak kira, akibatnya, apa saja
esok lusa, luka parah, tangis darah

いいいいいい
paiseh
いいいいいい

mana tahu, mana satu, mana helah mana tipu
mana tahu mana satu, mana gertak mana kambu
mana tahu mana satu, mana akal mana nafsu
salah tali kena sumbu paiseh, salah hari makan debu paiseh
mana tahu mana satu, mana orang mana hantu


いいいいいいいい
o-key
いいいいいいいい

jangan kau pandang sebelah mata, macam rupa tak ada harga
aku macam ni dah kira ok, tak kacau orang tak ada masalah
kau sendirilah mau ingat, muka kau macam musibat
punyalah cakap tak serupa bikin, selamba aje macam sardin
macam tak salah tak ada apa-apa, kira dah ok gua tak pijak lu
wah! banyak cantik kau punya muka,lubang hidung besar macam gua
c/o
tak tahu belajarlah, tak faham bertanyalah dahulu
nak berkagak tak payahlah dihadapan aku...boleh blah
sendiri yang makan pengat, sendiri yang mau ingat
oklah...gua blah, oklah...gua celah
sorong papan tarik papan, buah keranji dalam baju
time makan engkau telan, bila bayar kau blah...kau belah dahulu
lembu punya susu sapi dapat nama, nak tahu kenapa?
sebab lembu bodoh...kau bodoh
oklah..gua blah,oklah..gua celah.

いいいいいいいいいい
dunia 4 segi
いいいいいいいいいい

destinasi mana tak perlu ditujukanku
aku sedia tahu hakikatnya
segalanya masiih dalam kesamaranianya adalah satu keributan, kasih dan sayang
kesempurnaan yang meliputi segalanya
kasih dan sayangku satu masa nanti
ianya akan hilang, hilang gelap nanti akan
timbullah terang, tak perlu lagi hidup teraba-raba
asalkan pasti aku dan keyakinan ini
itulah rahsia hidup yang aman
apa lagi yang dinantikan, semua dalam genggaman
apa lagi dirisaukan, jika nasi sudah menjadi bubur
borak-borak hanyalah membuang masa ini
lagi baik lihat dalam diri sendiri
dunia yang bulat sudah jadi empat segi
akibatnya rosak jahanam diri sendiri
apa lagi dinanti, semua dalam genggaman
apa lagi dirisaukan, jika nasi sudah menjadi bubur(2x)


いいいいいいいいい
semangat perjuangan harmoni
いいいいいいいいい

semangat aku rindukan, kedamaian milik kita
menempuh hari-hari lalu, dengan satu belaian
kasih sayang dijunjung di kepala
mengatasi segala yang dijuang
sebenarnya hidup disini
arahnya berlainan
menunggu giliran tiba
entah bilakah masanya
selagi nafas terlekat di rongga
selagi langkah terus di perjalanan
manusia punya hakikat
punya akal punya fikiran
melebihi kejadian ciptaan yang maha esa
kejujuran pada diri sendiri
untuk dipersembahkan kepada mereka yang tak punya perasaaan
kita ada nilai tersendiri
biarkan mereka yang tersasul
berkata ego menepuk dada
semangat disimpan selagi ada
kesempatan hidup bersama
apalah ada pada keindahan
jika jiwa meronta.

いいいいいい
king el mondoque
いいいいいい

dah lama sangat, dah naik karat, dah nak kiamat
masih merempat, masih melarat masih keparat
mana maruah, mana merdeka, mana sakinah
bukit satumu, bukit jitumu, bukit tahumu
huray!huray! king el mondoque,huray!huray! king el mondoque
tafsir tuan kami ni siapa, tikus parit tikus sawah
tikus sampah, tikus bukit tikus rimba tikus kota
dilahirkan hanya untuk dinista
uh...bukan ingkar,uh...nak derhaka